Friday 10 January 2014

Warga asing cuba menyorok celah tangki

Menyorok celah tangki
Seorang warga asing dikesan menyorok di celah tangki air elak dicekup anggota penguatkuasa imigresen


KUALA LUMPUR - Taktik seorang warga asing sembunyi di tepi tempat simpanan tangki air tidak berjaya apabila dia ditahan anggota Penguatkuasa Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dalam serbuan Ops Sapu di 30 unit pangsapuri di Bangsar, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 10.30 malam itu, kebanyakan warga asing yang diserbu sedang tidur cuba bersembunyi dalam almari dan rumah sampah, apabila menyedari kehadiran penguatkuasa.

Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, seramai 82 warga asing ditangkap dalam serbuan itu. “31 orang yang ditangkap merupakan warga Pakistan, manakala 22 warga Bangladesh, lapan warga India dan Nepal, lima warga Filipina, empat warga Sri Lanka, dua warga Indonesia dan Myanmar,” katanya.

Mereka yang ditahan melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002), manakala 76 orang tiada dokumen.

Dalam pada itu kata James, pihaknya mendapati hampir 50 peratus unit pangsapuri 16 Tingkat di ibu kota itu disewakan kepada warga asing dan operasi dibuat atas aduan orang awam.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment