Friday 10 January 2014

Tragedi selepas beli-belah

Tragedi selepas beli-belah
Hsiao meninggal dunia serta merta selepas berlaku pendarahan teruk di kepala


JIANGSU - CHINA. Seorang lelaki nekad terjun dari balkoni sebuah pusat beli belah di Xuzhou, di timur China selepas teman wanitanya berkeras mahu membeli kasut.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Tao Hsiao, 38, menghabiskan masa kira-kira lima jam menemani kekasihnya itu membeli belah hingga berlaku pertengkaran antara pasangan itu di hadapan kedai kasut.

"Teman lelakinya mendakwa kekasihnya sudah mempunyai banyak kasut yang boleh dipakai seumur hidup tetapi teman wanitanya menuduh kekasihnya itu sangat kedekut," katanya dipetik Daily Mail

Menurut saksi itu lagi, drama tersebut berakhir selepas mangsa bertindak terjun bersama beberapa beg beli belah yang dibawa bersamanya.

- Sumber 

No comments:

Post a Comment