Thursday, 5 December 2013

Shila Amzah tidak pernah cintakan Johan

Shila Amzah
Shila Amzah


PEMILIK suara merdu, Shila Amzah hari ini menerusi Harian Metro meluahkan bahawa dia sebenarnya tidak mempunyai perasaan cinta kepada pelakon Johan As'ari.

"Seperti yang semua sedia maklum, memang Shila dan Johan 'bersahabat' dan persahabatan kami diketahui keluarga kedua-dua belah pihak.

"Shila langsung tidak pernah ada perasaan cinta pada Johan. Definisi antara sahabat dan cinta adalah dua perkara yang sangat berbeza," luahnya menerusi sisipan RAP, segmen Tinta Shila Amzah.

Menjawab mengapa dia memadam kesemua gambar Johan di laman Instagram miliknya, penyanyi yang kini berada di Shanghai itu berkata, dia ada alasan yang tersendiri mengapa berbuat demikian.

Jelasnya, selepas mengetahui Johan melamar Lana Nordin, dia membuat tindakan drastik itu kerana merasakan tidak manis untuk meletak gambar peribadi bersama seorang lelaki yang bakal menjadi suami orang.

"Lagi pula, sebagai seorang 'sahabat', Shila mendapat tahu mengenai berita ini daripada teman Shila. Walhal kami ada berjumpa sehari sebelum Shila ke Shanghai," ujarnya seperti berjauh hati.

"Namun begitu, Shila tidak marah atau menyimpan apa-apa perasaan padanya sehingga Shila terbaca satu kenyataan di akhbar bahawa dia membuat 'loudspeaker' ketika bercakap dengan ibu Shila untuk membuktikan sesuatu pada orang lain. Pada Shila, itu tindakan yang tidak wajar," katanya.

Menerusi Tinta Shila Amzah itu juga, penyanyi berhijab ini meminta, supaya tidak lagi dikaitkan dengan mana-mana artikel berkaitan Johan dan Lana.

Dia juga meminta peminatnya supaya terus menyokong karier seninya dan tidak mudah mempercayai apa yang dilaporkan di blog-blog.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment