Thursday 5 December 2013

Banjir: Dua beranak dikhuatiri lemas di Pahang


Kampung Bukit Rangin, Kuantan ditenggelami banjir hingga keparas bumbung. --fotoBERNAMA


KUANTAN: Kejadian banjir di Pahang kini semakin buruk dengan kejadian 2 beranak dipercayai lemas di Sungai Isap jaya, Kuantan, Pahang semalam.

Menurut saksi yang juga merupakan saudara kepada mangsa bagi menceritakan detik-detik cemas sebelum mangsa terjatuh ke dalam air banjir di lokasi tersebut.

Menurut abang mangsa, Mazli Ali, 47 tahun, bot yang dinaiki mangsa telah hanyut ke kawasan pusaran air setelah berselisih dengan bot yang lebih besar.

Dalam pada itu, adik mangsa, Mohd Hanif Ali, 28 tahun, turut terjun ke dalam air banjir tersebut bagi menyelamatkan mangsa namun gagal.

Terdahulu, mangsa Jamali Ali, 45, bersama anak lelakinya, Megat Muhamad Nazli Jamali, 17, dikatakan cuba memindahkan barangan dari rumah mereka yang ditenggelami air di Perkampungan Sungai Isap menggunakan sebuah bot jenis fiber.

Bagaimanapun bot mangsa telah terbalik akibat pusaran air banjir dan hanyut ke kawasan tali air akibat arus deras.

Maklumat lengkap mengenai mangsa masih belum diperoleh dan pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mengesan kedaua mangsa terbabit.

Ketua polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff turut mengesahkan kejadian.

Sementara itu terdahulu dalam kejadian berasingan, seorang lelaki ditemui lemas selepas menjaring ikan bersama rakannya di Sungai Sepial, di Kampung Sepial, Kuala Tembeling.

Mayat Mohammad Alif Khalib, ditemui pada jam 4.15 pada petangnya selepas dilaporkan hilang pada jam 2 petang selepas gerakan mencari dilakukan oleh pihak polis, bomba dan penduduk kampung.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment