Thursday 5 December 2013

Banjir: Pahang catat 19,573 jumlah mangsa sehingga awal pagi ini



KUANTAN: Mangsa banjir di Pahang setakat jam 1 pagi tadi mencatatkan jumlah keseluruhan seramai 19,573 orang.

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir IPK Pahang, Lipis menjadi daerah keenam dilanda banjir apabila 11 mangsa banjir ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.

Daerah Kuantan masih mencatatkan jumlah pemindahan mangsa banjir tertinggi iaitu 12, 161 orang yang ditempatkan di 46 pusat pemindahan.

Di Rompin, sejumlah 4, 234 mangsa banjir ditempatkan di 11 pusat pemindahan, membabitkan 1,110 buah keluarga.

Manakala di Pekan seramai 3,037 mangsa banjir, masih ditempatkan di sembilan pusat pemindahan.

Sementara itu di Maran mangsa yang terjejas banjir ialah 105 orang yang ditempatkan di tujuh buah pusat pemindahan.

Di Jerantut pula, seramai 25 orang mangsa, daripada dua buah keluarga, ditempatkan di dua buah pusat pemindahan.

Jalan-jalan yang ditutup kepada semua jenis kenderaan ialah:
- Kilometer 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan.
- Kilometer 36 Jalan Gambang berhampiran Gambang Resort
- Jalan Cherating- Kemaman (berhampiran Chendor)
- Jalan Utama Jerantut - Kuala Lipis
- Kilometer 72 Jalan Kuantan-Segamat
- Jalan Paya Sepayang dan simpang sepayang diRomp in 


Sumber: ASTRO Awani 
5 Disember 2013

No comments:

Post a Comment