Thursday 5 December 2013

ASK 2013 berjaya tarik 6 juta penonton

ASK 2013

MALAM Anugerah Skrin 2013 (ASK) yang berlangsung Jumaat lalu telah mencipta rekod dengan jumlah tontonan mencecah 6 juta.

ASK 2013 juga dapat disaksikan secara global menerusi laman web rasmi ASK dan rekod menunjukkan seramai 100,000 tontonan yang menyaksikan secara langsung menerusi online.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar dalam satu kenyataan hari ini memuji gandingan pengacara yang mengendalikan ASK tersebut.

”Gabungan 3 pengacara memberi suntikan baharu kepada ASK 2013 tahun ini. Nad Zainal juga kelihatan selesa bergandingan dengan Awal Ashaari dan Faizal Ismail.

“Ini juga membuktikan artis wanita ini juga mempunyai bakat dalam bidang pengacaraan dan seorang yang versatil,” katanya dalam satu kenyataan.

Acara karpet merah dikendalikan oleh Scha Al Yahya dan Iqram Dinzly serta dua pengacara jemputan iaitu pemenang utama dari Pertandingan Pantene Star Search Anugerah Skrin 2013, Kamarul Ariffin dan Jasmine Suraya Chin.

ASK2013 juga berjaya mencatat hampir 23,000 pelayar mengikuti perkembangan terkini melalui laman rasmi hanya pada malam Anugerah tersebut.

Tahun ini bukan sahaja ’hashtag’ rasmi #ASK2013, malah ’Anugerah Skrin 2013’ turut menjadi ’trending’ di laman sosial Twitter.

Sehingga hari ini, hampir 9,000 tontonan video ASK2013 di portal Tonton.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment