Friday 29 November 2013

Pemain bola sepak paling bodoh?


Sama taraf dengan Messi dan Ronaldo?


Setelah berkata yang dia setaraf dengan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, Nicklas Bendtner telah berjaya menarik perhatian orang ramai sekali lagi.

Penyerang berbangsa Denmark pasukan Arsenal, Nicklas Bendtner yang sebelum ini terkenal untuk kelakuan-kelakuan bodoh seperti meninggalkan kelab malam dengan seluarnya yang terlondeh, memandu kereta dalam keadaan mabuk, bercerai dengan tunangnya tujuh minggu selepas dia melahirkan anak dan macam-macam lagi, kelihatan telah menambah satu pencapaian baru dalam senarainya yang kian memanjang itu.

Dalam usaha untuk berenang bersama keluarganya pada pukul 1.09 pagi Ahad lepas, Bendtner dilaporkan telah ditahan oleh pihak polis selepas cuba memecah masuk ke dalam gim tempat kediamannya.

Setelah mendapati yang pintu depan gim tersebut telah dikunci, rakaman CCTV menunjukkan yang penyerang bermasalah itu bersama dengan seorang rakannya telah cuba untuk merempuh masuk.

Menurut Bendtner, "Pada malam Sabtu, berikutan kemenangan kami ke atas pasukan Southampton, saya keluar untuk makan malam bersama keluarga dan rakan-rakan saya. Selepas makan malam, kami membuat keputusan untuk berenang di gim tempat kediaman saya."

"Tetapi setelah sampai di sana, saya mendapati yang tombol pintu gim itu bermasalah jadi kami cuba membukanya dan dalam proses telah mengakibatkan sedikit kerosakan."

"Saya telah meminta maaf kepada jiran-jiran saya dan juga telah bayar untuk segala kerosakan yang berlaku."

Rekod jaringan gol terbaik Bendtner, yang secara tidak malu mendakwa bahawa dia sedang bersiap sedia untuk menyertai Barcelona atau Real Madrid dalam masa terdekat, adalah 11 dalam 42 perlawanan semasa dipinjamkan ke pasukan liga Championship Birmingham.

Dan tujuh musim selepas 'rekod hebatnya' itu, Bendtner masih mempercayai bahawa dia merupakan antara pemain terbaik di dunia.


Sumber: Stadium ASTRO

No comments:

Post a Comment