Friday 29 November 2013

Isu gaji ADUN Selangor: Ahli PKR berbalah di Twitter

Isu gaji ADUN Selangor: Ahli PKR berbalah di Twitter

Isu kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor mengundang perbalahan di kalangan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) di laman mikro Twitter.

Ianya bermula apabila, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menulis di twitter dengan menyindir Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.



Sindiran tersebut mendapat respon ahli PKR yang cenderung menyokong Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa.







Bekas Timbalan Presiden PKR, Senator Syed Husin Ali juga mempersoalkan kenaikan gaji yang diumumkan itu.


Salah seorang kakitangan pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen, Abdul Malik Husin berpendapat kenaikan gaji ADUN tidak seharusnya menjadi keutamaan.




Sebelum ini, Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) Selangor menggesa kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan ADUN negeri itu agar penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan.

Bagaimanapun, Khalid selepas sidang DUN pada petang Khamis bertegas akan melaksanakan kenaikan gaji yang diluluskan itu.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenaikan gaji itu terlalu tinggi dan menyarankan Khalid supaya mencari jalan untuk mengkaji semula kenaikan gaji tersebut.

DUN Selangor pada Rabu meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 anggota DUN berkuat kuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN daripada RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN daripada RM6,000 kepada RM11,250.

Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011.

Abdul Khalid ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada November 22 bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75% daripada elaun dan gaji yang diterima ADUN dan anggota pentadbiran Sarawak.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali menyifatkan kenaikan gaji yang diumumkan Khalid itu sebagai luar biasa dan boleh dicatatkan dalam rekod dunia.


Astro Awani

No comments:

Post a Comment