Wednesday 16 October 2013

Taufan Wipha, 13 terbunuh di Jepun

TOKYO - JEPUN. Sekurang-kurangnya 13 terbunuh selepas taufan Wipha melanda berhampiran ibu negara Jepun, kata laporan.

Dipetik dari BBC, taufan itu menyebabkan tanah runtuh dan banjir di Pulau Izu Oshima, selatan Tokyo, dengan beberapa buah rumah musnah.

Ramai orang mati apabila rumah mereka runtuh atau ditenggelami lumpur. Dua ditemui mati berdekatan dengan sungai.

Di Tokyo, jadual penerbangan dibatalkan, perkhidmatan kereta api peluru ditangguhkan dan sekolah ditutup.

"Ia merupakan taufan terkuat dalam tempoh 10 tahun melalui kawasan Tokyo," kata Ketua Peramal Agensi Meteorologi Jepun, Hiroyuki Uchida, pada Selasa.

Ribut itu membawa angin kencang dan jumlah hujan direkodkan, 122milimeter (4.8 inci) dalam satu jam pada pagi Rabu ke pulau Izu Oshima yang terletak 120 kilometer selatan Tokyo.

Menurut pegawai di pulau tersebut, 13 mayat telah ditemui dan lebih 50 mangsa tidak dapat dikesan.

"Kami tidak tahu betapa buruk kerosakan yang mungkin berlaku," kata pegawai bandar Hinani Uematsu.


ASTRO Awani

No comments:

Post a Comment