Wednesday 16 October 2013

Kerana difitnah Jenice buat laporan polis

Jenice Lee Ying Ha
Jenice Lee Ying Ha


KUALA LUMPUR - Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Selangor, Jenice Lee Ying Ha hari ini membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Cheras Tan Kok Wai kerana didakwa memfitnah dan mengeluarkan kenyataan tidak benar terhadap dirinya di akhbar.

Beliau membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini.

Lee mendakwa kenyataan Tan kononnya pembantunya Lee Hsuan Ba terlibat dalam penyalahgunaan kuasa berkaitan isu tembok keselamatan di Taman Seraya, di sini merupakan satu fitnah.

Beliau mendakwa Tan turut mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah seperti dilaporkan di beberapa akhbar pada 24 dan 25 April lalu yang menuduh dirinya terlibat dalam penyelewengan peruntukan kerajaan negeri di kawasan Sungai Pelek, Selangor.

"Ini merupakan satu fitnah untuk menjatuhkan saya. Saya telah berbincang dengan pihak peguam dan mereka meminta saya membuat laporan polis.

"Saya minta kes ini dapat disiasat segera kerana ia merupakan perlakuan jenayah yang cuba menjatuhkan reputasi saya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Lee turut menggesa lembaga disiplin DAP mengambil tindakan tegas terhadap Tan bagi segala fitnah yang dilemparkan terhadapnya. -- Bernama


No comments:

Post a Comment