Sama ada kecil atau besar, setiap pengorbanan membuktikan kesungguhan anak seni dalam memartabatkan dunia hiburan tempatan.
Hans Isaac misalnya mengakui merajuk untuk mengarah dan menerbitkan filem tetapi kini ingin memeriahkan dunia pementasan.
Kegagalan filem "Lemak Kampung Santan" menawan pawagam membuatkan Hans tawar hati untuk terus berkecimpung dalam dunia filem. Apatah lagi selepas melaburkan jutaan ringgit untuk menghasilkan produk berkualiti.
Dia bertambah kecewa apabila luahan hatinya dikecam mengenai persepsi penonton tempatan yang gemarkan filem-filem berkualiti rendah.
Selepas berjaya dengan dua siri pementasan "Lawak Ke Der", Hans kini menumpukan perhatian kepada buah tangan terbarunya, teater muzikal "SuperMokh".
Pernah menerbitkan "Cuci The Muzikal" dan "Lat Sebuah Muzikal", kali ini, "SuperMokh" menelan belanja RM3 juta.
Seperti Hans, pelakon yang memegang peranan sebagai Mokhtar Dahari, Awie mengakui sifat kental dalam diri perlu dimiliki setiap selebriti agar mampu bertahan.
Menjadi artis selama hampir tiga dekad, Awie berbangga pengorbanannya selama ini sedikit sebanyak memberi impak.
Teater muzikal arahan bersama Harith Iskander ini turut dibintangi Maya Karin, Rashidi Ishak, Dina Nadzir dan Douglas Lim.
Teater muzikal "SuperMokh" bakal dipentaskan di Istana Budaya bermula 6 sehingga 18 November ini.
Sumber: Astro Awani

No comments:
Post a Comment