Wednesday 16 October 2013

Padah lari sekatan polis

Padah lari sekatan polis
Wan Shahruddin (dua, kiri) bersama Inspektor Mohd Jamil Zaifani Ja’amin (kiri) melihat mangsa yang terbabit dalam kemalangan.


IPOH - Gara-gara cuba melarikan diri daripada Ops Sekatan Jalan Raya (SJR) bersepadu, sepasang kekasih menaiki motosikal terbabit dalam kemalangan ketika membuat pusingan U di Jalan Raja Musa Aziz, tengah malam semalam.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah malam itu, pasangan berusia lingkungan 20-an dalam perjalanan pulang ke rumah ibu angkat perempuan terbabit sebelum terlibat dalam insiden berkenaan.

Penunggang motosikal yang juga teman lelakinya dipercayai tidak mempunyai lesen memandu dan baru datang dari Kuala Lumpur untuk berjumpa kekasihnya.

Bagaimanapun, ketika membelok berhampiran Klinik Kesihatan Greentown, motosikal jenis Modenas yang dinaiki pasangan tersebut bertindak menentang arus sehingga menyebabkan mereka bertembung dengan sebuah kereta yang melalui jalan itu.

Akibat kemalangan itu, separuh daripada motosikal tersebut terperosok di bahagian bawah bonet kereta jenis Proton Iswara yang dipandu seorang lelaki berusia 30-an.

Pembonceng motosikal terbabit mengalami kecederaan di kaki kanan manakala teman lelakinya tidak mengalami tidak cedera. Mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan.


Sumber, Oktober 14

No comments:

Post a Comment