Sunday 22 September 2013

UKM sasar rekod senam 36 jam tanpa henti


Universiti Kebangsaan Malaysia


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhasrat melakar sejarah dalam Malaysia Book Of Records melalui program persembahan Senam 1Malaysia selama 36 jam tanpa henti bulan depan.

Timbalan Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Ir Othman A.Karim berkata 1,800 peserta termasuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta, politeknik, kolej komuniti, Jabatan Belia dan Sukan, sekolah rendah dan menengah serta pelbagai golongan yang lain akan memulakan senaman bermula 10 pagi pada 5 Oktober sehingga 10 malam 6 Oktober depan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM.

Program senaman itu, diharapkan dapat mengatasi rekod senaman 26 jam yang dilakukan kumpulan J-Aerobik Kementerian Belia dan Sukan tahun lalu, katanya pada sidang akhbar di universiti itu di sini hari ini.

Beliau berkata para peserta akan dibahagikan kepada 72 kumpulan terdiri daripada 20 anggota, dan mereka akan membuat senaman secara bergilir-gilir.

Program itu yang mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Kementerian Pendidikan, merupakan satu aktiviti fizikal yang mudah untuk mengekalkan kesihatan, serta membantu membudayakan aktiviti sukan dalam masyarakat, katanya.

Turut hadir Pengarah Kanan (Dasar dan Perancangan) Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri (JKKN) Mohamed Adnan Hamzah dan Pengarah Bahagian Pembangunan Produk Seni Budaya JKKN Ramlah Amir. - Bernama


Sumber

No comments:

Post a Comment