Sunday 22 September 2013

Darren tersingkir di Konsert Akademi Fantasia minggu ke-2

Konsert minggu kedua Akademi Fantasia musim ke-10 berlangsung di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya bermula jam 9 malam Sabtu.

Foto Facebook Akademi Fantasia 2013

Persembahan pertama dimulakan oleh Indah dengan lagu Sinaran nyanyian asal oleh Datuk Sheila Majid.

Foto Facebook Akademi Fantasi 2013

Ini diikuti dengan persembahan Manaf yang mengharapkan tuah dengan lagu nyanyian Yuna iaitu Terukir di Bintang.

Foto Facebook Akademi Fantasi 2013

Menyusuri seterusnya Duo wanita Irmisa membawakan lagu dari Raja POP Malaysia Jamal Abdillah dengan lagunya Kekasih Awal dan Akhir.

Foto Facebook Akademi Fantasi 2013

Bintang seterusnya Nabila mencabar vokalnya dengan lagu Setiaku Disini nyanyian asal Ziana Zain.

Foto Facebook Akademi Fantasi 2013

Faizul pula mengambil giliran dengan menyanyikan lagu Pasti nyanyian asal Ning Baizura untuk minggu yang ke-2 ini.

Foto Facebook Akademi Fantasi 2013

Seterusnya persembahan Suhada dengan lagu Juara AF yang ke-7 Hafiz Suip (Bahagiamu Deritaku).

Foto Facebook Akademi Fantasi 2013

Dengan jiwa kepahlawanan Melayu Darren membawakan lagu dari Datuk M Nasir iaitu Mantera Semerah Padi.

Foto Facebook Akademi Fantasi 2013

Amira memilih lagu Pastikan nyanyian dari penyanyi no.1 Malaysia Datuk Siti Nurhaliza kali ini untuk mencabar vokalnya.


Foto Facebook Akademi Fantasi 2013

Bintang yang sering membawa kelainan dalam setiap lagu nyanyiannya Aisyah, kini menyanyikan lagu Iris dari Awie.

Foto Facebook Akademi Fantasi 2013

Bintang bersuara lantang Nona menyanyikan lagu dari Inspirernya Faizal Tahir iaitu Selamat Malam.

Foto Facebook Akademi Fantasi 2013

Duo lelaki Azhael membuat persembahan terakhir dengan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah nyanyian dari Ratu Rock Malaysia Ella.

Foto Facebook Akademi Fantasi 2013

Persembahan dari artis kecil molek jemputan dari Indonesia Tegar menyanyikan lagu hit beliau Aku yang Dulu Bukanlah yang Sekarang.

Foto Facebook Akademi Fantasi 2013

Bintang-bintang Top 11 dengan lagu Menuju Puncak sebagai persembahan penutup minggu ke-2 ini sebelum salah seorang tersingkir mengikuti jejak Sani.

Foto Facebook Akademi Fantasi 2013

Akhirnya Darren diumumkan tersingkir di minggu ke-2 ini.



- ASTRO Awani

No comments:

Post a Comment