Sunday 22 September 2013

Kerajaan P. Pinang peruntuk RM40,000 bagi Adun pembangkang


Kerajaan P. Pinang peruntuk RM40,000 bagi Adun pembangkang

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menyediakan peruntukan sebanyak RM40,000 setahun bagi projek pembangunan kecil kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang di negeri ini mulai tahun depan.


Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu telah dibincang dan diluluskan dalam mesyuarat Exco negeri pada Rabu lepas.

"Selepas mekanisme peruntukan RM40,000 setahun ini ditetapkan, maka ia akan dibentangkan dalam Belanjawan 2014 pada persidangan Dewan Undangan Negeri akhir tahun ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum ini kerajaan negeri cuba menjemput Adun pembangkang untuk menyertai keahlian jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi membolehkan mereka berkhidmat dan menerima peruntukan, bagaimanapun tawaran itu ditolak.

"Kerajaan negeri mahu Adun Umno menjadi ahli jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana bimbang bahawa Adun Umno tidak akan ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"(SOP) seperti tender terbuka secara kompetitif, berintegriti dan melarang penglibatan ahli keluarga pemimpin daripada melibatkan diri dalam urusniaga dengan kerajaan," katanya.

- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment