Sunday 22 September 2013

Pembantu kedai maut dirempuh kereta

Seorang pembantu kedai maut apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di KM5 Jalan Paka-Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) dekat Kampung Santong, Dungun hari ini.

Mohd Ali Ahmad, 29, mati ketika dirawat di Klinik Kesihatan Paka dan mayatnya dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, motosikal yang ditunggang lelaki itu dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi ketika motosikal itu keluar dari satu simpang di kawasan itu pada jam 12 tengah hari.

Kereta yang dipandu Adek Roshayati Mohamad, 26, turut mengheret mangsa kira-kira 50 meter dari tempat kejadian, katanya di sini hari ini.

- Bernama, Sept., 22

No comments:

Post a Comment