Friday 2 August 2013

Mayat mendiang Chua Boon Huat tiba di Melaka


Mayat mendiang Chua Boon Huat tiba di Melaka

MELAKA:  Mayat mendiang penyerang skuad hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33 tahun tiba di kediaman keluarganya di Taman Semabok Perdana pukul 7 petang, tadi.

Upacara pembakaran mayat mendiang dijangka akan diadakan di tapak pembakaran mayat Jelutong, Sungai Putat, Isnin ini.

Terdahulu, pemergian pemain berpengalaman itu disifatkan sebagai satu kehilangan besar dan menjejaskan persiapan menghadapi Piala Asia di Ipoh, Perak pada 24 Ogos hingga 1 September depan.

Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, Boon Huat bukan sahaja bergelar pemain sebaliknya menjadi mentor kepada pemain muda.

“Mendiang  Boon Huat adalah seorang pemain yang utama dalam skuad kita. Chua bukan sahaja pemain tapi memberi inspirasi kepada pemain muda,” katanya ketika ditemui di Taman Semabok Perdana, Melaka.

Nur Azmi berkata, skuad negara kini mempunyai 26 pemain mengharapkan kekosongan yang ditinggalkanBoon Huat dapat diganti dengan pemain yang akan dipilih kelak.

NurAazmi berkata belaiu akan berbincang dengan jurulatih skuad hoki negara, Paul Revington mengenai kesan ketiadaan Boon Huat kepada skuad negara.

Boon huat maut dalam satu kemalangan selepas kereta yang dipandunya melanggar sebuah lori yang sedang digunakan untuk menyiram pokok bunga di kilometer 10.4, lebuhraya damansara-puchong (LDP), Kelana Jaya, di sini, kira-kira pukul 3 pagi semalam. -- Astro Awani , 1 Ogos 2013.

No comments:

Post a Comment