Friday 2 August 2013

Dakwaan polis rasuah: Usah asyik tuding jari, tampil jika ada bukti

KUALA LUMPUR:  Fenomena menggunakan pembunuh upahan yang semakin menjadi-jadi pada masa kini ini patut diberi perhatian yang serius.

Ini adalah pendapat bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Tan Sri Zaman Khan.

Namun demikian, Zaman berkata mewujudkan iklim tanpa jenayah di Malaysia bukan tanggungjawab pihak polis semata-mata tetapi memerlukan kerjasama semua pihak.

“Pihak kerajaan dan swasta harus berkerjasama dalam usaha membanteras jenayah. Contohnya pihak Swasta tidak harus hanya menuding jari ke atas pihak polis dan mengatakan bahawa polis terlibat dalam gejala rasuah.

“Mereka harus membuat laporan polis dan berani tampil ke mahkamah. Jika ini dilakukan, pihak-pihak lain yang turut terlibat tidak akan terlepas,” katanya.

Beliau juga berkata pihak polis harus berani tampil ke hadapan dan bertindak atas laporan yang diterima.

- Astro Awani.

No comments:

Post a Comment