Friday 2 August 2013

Guna Peranti Pemantauan Elektronik buat penjenayah


KUALA LUMPUR:  Kerajaan sedang meneliti secara serius cadangan mewajibkan penjenayah yang dibebaskan dengan ikat jamin memakai Peranti Pemantauan Elektronik (EMD) pada masa depan.

Langkah itu dilihat perlu bagi mengesan kedudukan penjenayah berkenaan di samping memastikan mereka tidak dapat melakukan jenayah lain.

Ketua pegawai eksekutif PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala yakin penggunaan EMD mampu mengurangkan jenayah berprofil tinggi.

Katanya langkah itu boleh dikuatkuasakan kerana ia mematuhi peraturan yang terkandung dalam akta tatacara jenayah.

Langkah itu juga telah digunapakai oleh negara lain seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom di mana ia terbukti berkesan mengurangkan kadar jenayah berat.

Mengulas mengenai cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar satu akta baru diwujudkan bagi membantu polis melaksanakan tugas, Idris melihat proses itu boleh memakan masa sehingga enam bulan.

Sebagai langkah segera pemandu mencadangkan agar undang-undang sedia ada seperti Akta Pencegahan Jenayah, 1959 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dilaksanakan secara lebih ketat. -- Astro Awani 

No comments:

Post a Comment