Sunday 2 August 2015

Muhyiddin menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim

Sumber memberitahu Astro AWANI, perjumpaan Muhyiddin bersama dengan Sultan Johor adalah untuk membincangkan isu pengguguran beliau daripada Kabinet serta isu-isu semasa. - Gambar Fail

JOHOR BAHRU: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri Puan Seri Norainee Abdul Rahman menghadap Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene Johor Bahru petang tadi.

Pertemuan kira-kira satu jam itu turut dihadiri Menteri Besar merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ahli Parlimen Pagoh itu, dilaporkan memasuki perkarangan Istana kira-kira 3.30 petang dan beredar pada jam 4.35 petang dengan menaiki kenderaan istana.

Muhyiddin turut melambai ke arah wartawan yang menanti beliau sejak pukul 2.00 petang di luar kawasan istana.

Timbalan Presiden UMNO itu menghadap Sultan Ibrahim setelah dititahkan berbuat demikian sebelum ini.

Turut kelihatan kenderaan yang membawa Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyusul kenderaan membawa Muhyiddin.

Setakat ini pihak media tidak dimaklumkan mengenai intipati perbincangan dalam pertemuan antara Sultan Ibrahim dan Muhyiddin.

Terdahulu Muhyiddin merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kluang di Kluang, Johor. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment