Sunday 2 August 2015

Bachata: Peralatan hospital boleh digodam

FDA Amerika Syarikat menggesa pihak hospital supaya menghentikan pengunaan salah satu peralatannya berikutan ia boleh digodam pihak ketiga.

ORGANISASI Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat pada Jumaat menggesa kesemua pihak pengurusan hospital supaya menghentikan pengunaan salah satu peralatannya berikutan ia boleh digodam.

Sistem Hospira Symbiq Infusion boleh digodam oleh pihak ketiga sekaligus membenarkan mereka mengawal jumlah ubatan yang bakal diterima oleh pesakit.

Menurut FDA, pengguna luar boleh mengakses Symbig menerusi jaringan internet hospital. Perkara yang sama turut dinyatakan dalam laman rasmi Jabatan Kawalan Sistem Industri dan Tindak Balas Kecemasan Siber, Homeland Security (ICS-CERT).

Kawalan pihak luar berkemungkinan menyebabkan pesakit kritikal yang sedang menerima terapi terlebih dos ubatan.

Jabatan itu mengesan kelemahan sistem Symbig pada 21 Julai lalu disusuli dengan amaran yang dikeluarkan FDA pada Jumaat, 31 Julai.

Walau bagaimanapun tiada insiden godaman dilaporkan sehingga kini. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment