Sunday 2 August 2015

Masih pertimbang jawatan Harapan Baru Terengganu

Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah

KUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah memberitahu sedang mempertimbangkan jawatan Pengerusi Gerakan Harapan Baru negeri ini.

Bercakap kepada pemberita hari ini, beliau memberitahu belum membuat sebarang pengesahan menerima atau tidak walaupun namanya telah pun diumumkan dalam Majlis Sambutan Hari Raya dan Majlis Penerangan Harapan Baru di Besut, 31 Julai lalu.

Katanya, isu Harapan baru bukanlah perkara besar jika pelawaan terbabit diterima kerana ia hanyalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sambil menegaskan NGO tidak boleh ditukar kepada parti politik.

"Kalau kita hendak membina satu wadah perjuangan yang luas, yang komprehensif dan inklusif, kita perlu terbuka. Kita perlu mengambil satu sikap yang inklusif dan saya rasa tidak ada satu masalah.

“Kalau dilihat Setiausaha Agung Pas baru ada menyatakan bahawa Harapan Baru pun adalah NGO. Setiausaha Agung Pas adalah seorang peguam, (beliau melihat ia) tidak menjadi masalah kerana NGO tidak bertentangan dengan sebuah parti politik," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Raja Kamarul dan Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment