Monday 18 May 2015

Najib jawab 13 tuduhan termasuk‎ Altantuya

  • Najib Tun Razak
  • Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyenaraikan 13 isu dan tuduhan terhadap beliau dan kerajaan, termasuk mengenai kes Altantuya.

Najib dalam Twitter dan blog beliau NajibRazak.com menyatakan: "Saya telah meluangkan masa untuk melihat pelbagai soalan dan isu yang dibangkitkan oleh beberapa pihak dan telah menulis pendapat saya mengenainya."

Beliau kemudian menyenaraikan 13 tuduhan dan dakwaan isu seperti berikut:

1. Tuduhan mengenai kes Altantuya.

2. Dakwaan bahawa media antarabangsa melabelkan Malaysia sebagai 'Negara Paling Banyak Rasuah'.

3. Tuduhan bahawa BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) adalah rasuah.

4. Tuduhan terhadap 1MDB (1Malaysia Development Berhad).

5. Tuduhan mengenai 'Jambatan bengkok' - Dakwaan: Kita tidak berani membina jambatan atas tanah sendiri tanpa kelulusan Singapura.

6. Dakwaan: "Sebagai Presiden Umno, Najib adalah lebih teruk berbanding Pak Lah" (Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi).

7. Tuduhan: (Najib) mengabaikan Unit Perancang Ekonomi (EPU), dengan menubuhkan sebuah agensi baharu untuk merancang pembangunan negara.

8. Dakwaan: Perkhidmatan, kepakaran dan pengalaman penjawat awam tidak lagi diperlukan.

9. Dakwaan: Untuk menawan kembali penduduk Cina dan India, Najib telah mengabaikan tindakan afirmatif.

10. Dakwaan bahawa BN akan tewas pada Pilihan Raya Umum akan datang.

11. Dakwaan bahawa 1Malaysia adalah sama dengan Malaysian Malaysia.

12. Dakwaan bahawa jenayah telah meningkat sejak ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dimansuhkan.

13. Tuduhan mengenai pesawat kerajaan.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment