Thursday 19 March 2015

Bukan satu masalah besar jika 1MDB gagal bayar hutang

Dr Azmi Hassan

SHAH ALAM - Tidak menjadi masalah besar sekiranya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mampu menjelaskan hutang yang terdapat pada organisasi tersebut.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Dr Azmi Hassan berkata, ini kerana negara ini mempunyai asas terhadap ekonomi negara yang mampan.

“Sekarang ini rakyat sangat bimbang dengan 1MDB. Kejatuhan mata wang negara mempengaruhi persepsi terhadap 1MDB.

“Tapi kita kena akur dengan laporan bank tahunan bahawa bukan satu masalah besar bahawa 1MDB tidak boleh membayar hutang kerana asas ekonomi negara kita kukuh,” katanya ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Siri ke-35: Apa di Sebalik 1MDB? di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, semalam.

Katanya, langkah tersebut bagi memastikan ketelusan dan kelancaran dalam sistem urus tadbir organisasi tersebut.

“Bagi saya, jangan biarkan 1MDB itu gagal. Kalau itu yang perlu dilakukan, jadi lakukanlah demi menyelamatkan 1MDB tersebut,” katanya lagi.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment