Thursday 19 March 2015

Video lelaki parkir di petak OKU viral

  • Video lelaki parkir di petak OKU viral
  • Sedutan video yang dimuatnaik ke Facebook.

SHAH ALAM - Sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki menggunakan parkir khas Orang Kurang Upaya (OKU) viral, hari ini.

Menurut tinjauan Sinar Online, video tersebut yang dimuatnaik ke laman Facebook pada 16 Februari menarik perhatian lebih 71,000 pelayar.

Dalam video berdurasi 2 minit 13 saat tersebut, seorang lelaki kelihatan sedang masuk ke sebuah kenderaan sebelum ditegur oleh perakam video berkenaan.

Terdapat lebih 1,500 perkongsian dan beratus-ratus komen yang kebanyakan tidak bersetuju dengan tindakan lelaki di petak OKU tersebut.

"Kalau orang berani letak kereta di OKU. Orang itu memang kurang ajar dan tidak pendidikan..." kata seorang pelayar.

"PDRM should be able to saman using this video." (PDRM patut mampu keluarkan saman menggunakan video ini) kata seorang lagi lelaki prihatin.

Selain itu, sebilangan kecil pelayar berpendapat kejadian tidak patut dirakam kerana ianya masalah kecil dan boleh diselesaikan.

"Yang record video ni pun, orang tu dah mengaku salah. Dah la, macam nak ajak gaduh. Kalau aku pun terbakar. Kalau nampak orang salah parking. Tegur, bukan ajak gaduh"

"Dua-dua pun salah. Orang yang parking tu memang dah salah, tapi orang yang tegur tu dengan cara dia menegur pun jauh dari betul." kata seorang pelayar.

- Sumber: Sinar Harian | 18 Mac 2015

No comments:

Post a Comment