Monday 2 February 2015

Ayam jantan seperti ada tanduk

Ayam jantan yang mempunyai tanduk seakan taji pada kepalanya.

Hazizan menunjukkan ayam jantan miliknya yang mempunyai tanduk seakan taji pada kepalanya.


ALOR GAJAH - Sepasang suami isteri di Kampung Binjai, Gadek, di sini, teruja apabila mendapati ayam jantan yang dipeliharanya sejak hampir setahun lalu bersifat ganjil apabila mempunyai objek keras pada bahagian atas paruhnya seakan-akan tanduk.

Objek bersaiz 3 sentimeter panjang itu mula disedarinya sejak kira-kira sebulan lalu dan dilihat semakin hari semakin memanjang.

Pemiliknya, Hazizan Taib, 59, berkata, perkara itu tidak pernah ditemuinya sepanjang usianya dan menganggap ia sebagai salah satu daripada kuasa ALLAH SWT.

“Saya sudah lama menjalankan aktiviti menternak ayam tetapi belum pernah sepanjang hidup ini menjumpai kejadian ganjil ini apabila ayam tumbuk tanduk.

“Pada mulanya saya langsung tidak sedar wujud tanduk yang tajam dan keras menyerupai taji pada kaki di ayam ini. Tetapi lama kelamaan sifatnya semakin menyerlah dan nampak ketara,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Menurutnya, ayam berkenaan juga berbeza dengan ayam jantan yang lain kerana ia lebih jinak dan tidak suka bersabung.

“Ayam ini memang pelik, bukan sahaja memiliki tanduk, malah ayam ini juga sangat jinak dan tidak seperti ayam-ayam jantan yang lain," katanya.

“Terdapat juga beberapa orang rakan yang melihat turut berasa pelik dengan keanehan ayam ini dan tidak membenarkan saya menunjukkan kepada orang lain,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment