Monday 2 February 2015

Tugas berat menanti Azman Adnan

Pasukan PDRM

KETUA jurulatih pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Azman Adnan mengakui tugas berat menanti beliau apabila skuad bimbingannya yang beraksi dalam Liga Super 2015, disasarkan sekurang-kurangnya menjulang satu trofi.

Azman berkata bagi mengurangkan tekanan terhadap beliau dan anak buahnya, beliau mengambil pendekatan untuk memberi tumpuan kepada satu demi satu perlawanan yang bakal dihadapi skuad 'The Cops' musim ini.

"Terus terang saya katakan, bukan mudah tanggungjawab saya. Saya lebih mengambil pendekatan menumpukan kepada perlawanan demi perlawanan dan berusaha mencari kemenangan, kejayaan dan kejutan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran dan memperkenalkan pasukan bola sepak PDRM bagi musim 2015, di Putrajaya, hari ini.

Walaupun tekanan diberikan oleh penaung Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta pimpinan tertinggi Persatuan Bola Sepak PDRM untuk melihat kecemerlangan pasukan berkenaan seperti musim lepas, Azman berkata beliau menjadikan 'cabaran' itu sebagai satu suntikan semangat untuk beliau dan skuad bimbingannya memberikan yang terbaik. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment