Monday 12 January 2015

Bapa maut selepas hantar anak ke sekolah

MELAKA: Seorang bapa meninggal dunia selepas menghantar anaknya ke sekolah dengan motosikal pada hari pertama persekolahan hari ini.

Jurucakap polis berkata Ong Chye Huat, 62, meninggal di Jalan Sungai Putat selepas menghantar anaknya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir, Batu Berendam pada pukul 6.30 pagi tadi.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Datuk Tamby Chik Karim apabila gagal mengawal motosikalnya di jalan yang agak berselekoh lalu terbabas ke bahu jalan. 

- Sumber: Bernama | Januari 12

No comments:

Post a Comment