Monday 12 January 2015

Bintang muda Wolfsburg meninggal dunia

Pihak polis telah mengesahkan pemain kebangsaan Belgium itu meninggal dunia di tempat kejadian.

KUALA LUMPUR: Pemain muda yang semakin meningkat naik Junior Malanda, 20 yang beraksi untuk Wolfsburg di Bundesliga telah diisytiharkan meninggal dunia apabila terlibat dengan kemalangan maut di Bielefeld, Jerman.

Pihak polis telah mengesahkan pemain kebangsaan Belgium itu meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kenderaan terbabit terkeluar dari jalan raya dan merempuh penghadang jalan raya sebelum berpusing beberapa kali namun ada seorang yang tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal ditempat kejadian, dan individu itu adalah Bernhard Geoffrey Malanda Adje," ujar pihak polis.

Malanda, 20 telah dijadualkan untuk terbang ke Afrika Selatan untuk menjalani latihan bersama pasukannya Wolfsburg menjelang bermulanya Bundesliga selepas cuti rehat selama sebulan.

Pemain itu menyertai Die Wolfe pada tahun 2013 dari Zulte Waregem dan pernah juga bersama Anderlecht dan Lille pada permulaan kariernya.

Kali terakhir Malanda beraksi adalah ketika mereka bertemu Colongne pada 20 Disember.

Junior Malanda merupakan salah satu dari bintang muda yang meningkat naik dan sentiasa sahaja menjadi tumpuan pasukan gergasi Eropah lain.

Persatuan Bolasepak Belgium telah mengeluarkan kenyataan menyampaikan takziah mereka kepada keluarga dan sahabat Junior Malanda. 

- Sumber: Astro Arena 

No comments:

Post a Comment