Monday 12 January 2015

Perakam data penerbangan dikeluarkan daripada pesawat

Perakam data penerbangan dikeluarkan daripada pesawat

JAKARTA: Perakam data penerbangan berjaya dikeluarkan daripada pesawat malang AirAsia QZ8501 pada Isnin, menurut ketua BASARNAS.

"Saya mendapat maklumat daripada BASARNAS pada 7.11 pagi tadi yang kami berjaya mengeluarkan sebahagian daripada kotak hitam yang dikenalpasti sebagai perakam data penerbangan," kata Bambang Soelistyo kepada media.

"Kami sedang berusaha mencari perakam suara kokpit."

Pesawat AirAsia QZ8501 terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura yang membawa 162 penumpang dalam pesawat malang tersebut.

- Sumber: AFP |  Januari 12, 2015  

No comments:

Post a Comment