Sunday 29 November 2015

Warga emas sesat di Ulu Chepor ditemui tidak bermaya

Wan Thot, 80 dilaporkan telah hilang pada malam semalam ( Sabtu) ketika sedang melakukan 'jungle-trekking' sebelum sesat dan tidak menemui jalan keluar.

CHEMOR: Seorang warga emas yang dilaporkan sesat di sekitar tapak perkelahan Ulu Chepor di sini berjaya ‎ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya ‎pada pagi Ahad.

Mangsa, Foo Wan Thot, 80 dilaporkan telah ‎hilang pada malam semalam ( Sabtu) ketika sedang melakukan aktiviti 'jungle-trekking' sebelum sesat hampir 10 jam sebelum berjaya ditemui pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Meru Raya, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Zamri Awang Long berkata pihaknya menjalankan aktiviti pencarian sekitar 8 malam, pada Sabtu.

"Foo sebenarnya sudah biasa melalui jalan ini untuk melaksanakan rutin senaman harian di sekitar tapak perkelahan ini namun semalam, dia tidak berjaya menemui jalan keluar.

" Mangsa kini telah dihantar ke hospital dengan menggunakan ambulans bagi mendapatkan pemeriksaan rawatan lanjut,"katanya ketika dihubungi Astro Awani.

Mohd Zamri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kehilangan warga emas itu daripada ahli keluarga Foo pada malam Sabtu dan segera menggerakan jentera operasi mencari dan menyelamat.

"Kita telah menubuhkan 2 kumpulan dan mencari mangsa secara bergilir-gilir sehingga mangsa ditemui pagi ini.

"Seramai 27 orang yang terdiri daripada anggota Bomba, JPAM, PDRM, MUST Team, pasukan perubatan dan orang awam yang membantu sebagai penunjuk arah telah terlibat dalam operasi ini," katanya lagi.

Menurut Mohd Zamri, Foo, ketika ditemui berasa lega dan be‎rterima kasih kepada pasukannya yang sanggup bersengkang mata untuk mencarinya walau keadaan tanah agak lembap berikutan hujan pada hari sebelumnya. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment