Sunday 29 November 2015

Maria Farida kahwin buat kali kedua

MARIA Farida dijabkabulkan dengan usahawan yang dikenali sebagai Datuk Rahman.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Maria Farida, 45, bergelar isteri buat kali kedua, selepas dijabkabulkan dengan usahawan yang dikenali sebagai Datuk Rahman, 62.

Majlis pernikahan bintang Datin Diaries yang diadakan di Kelab Golf Kuala Lumpur (KLGCC) selepas Zuhur itu turut dihadiri keluarga dan teman artis.

Maria mengenakan persalinan sedondon rona putih duduk di pelamin dan berkongsi saat indah itu di laman Instagram miliknya.

Antara rakan selebriti yang berkongsi berita dan gambar pernikahannya termasuk Puan Sri Tiara Jacquelina serta Fasha Sandha yang turut menyertakan #kisahcintamariarahman.

Terdahulu, ibu kepada seorang anak tunggal berusia 18 tahun itu dituduh cuba merampas suami kepada rakan baiknya sendiri, Karen Rahman, yang juga pengasas produk kecantikan KR Beauty Care.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment