Sunday 29 November 2015

Pengebom wanita letupkan diri, 5 maut di Cameroon

YAOUNDE: Lima terbunuh dalam dua serangan pengebom nekad wanita di utara Cameroon, lapor pejabat gabenor wilayah hari ini.

"Dua wanita masing-masing meletupkan diri kira-kira jam 6 petang waktu tempatan di Pekan Dabanga," kata Gabenor Utara, Midjiyawa Bakary.

"Angka kematian awal ialah tujuh orang termasuk dua pengebom wanita," katanya.

Dua anggota tentera yang ditempatkan untuk memerangi Kumpulan Bola Haram di pekan itu juga parah.

Midjiyawa berkata, pengebom pertama meletupkan diri di dalam sebuah rumah manakala pengebom kedua berdekatan kedai kimpalan.

Ini adalah kali pertama pengebom berani mati menyerang Dabanga, pekan kecil yang terletak di antara jalan raya ke pos sempadan Kousseri yang dipisahkan oleh sungai dengan Nigeria.

Wilayah itu sering menjadi sasaran kumpulan Boko Haram, pejuang Sunni yang mahu menubuhkan negara Islam di timur laut Nigeria. 

- Sumber: AFP | 29 November 2015

No comments:

Post a Comment