Sunday 13 September 2015

Tragedi kren tumbang jadi fokus dada akhbar pada Ahad

Pencarian lapan lagi rakyat Malaysia yang gagal dikesan selepas kejadian tersebut turut menjadi fokus dada akhbar hari ini.

KUALA LUMPUR: Kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, pada Jumaat lalu menjadi tajuk utama akhbar negara hari ini. 

Metro Ahad memaparkan tajuk berita 'Hanya Allah Yang Tahu', perkongsian pengalaman saksi jemaah haji Malaysia yang melihat sendiri punca serta bagaimana nahas itu berlaku.

Selain itu, Mingguan Malaysia melaporkan berkenaan faktor cuaca dengan atau fenomena alam yang dikatakan paling buruk di Mekah, Arab Saudi sejak beberapa dekad dengan tajuk berita 'Akibat Ribut'.

Malah, kisah mereka yang menjadi mangsa nahas berkenaan yang menerima ia sebagai dugaan Allah SWT.

Pencarian lapan lagi rakyat Malaysia yang gagal dikesan selepas kejadian tersebut turut menjadi fokus dada akhabar Sunday Star.

BH Ahad pula memaparkan tajuk berita 'Besi, Batu Berterbangan' yang membawa kupasan temubual saksi di tempat kejadian.

Sekurang-kurangnya 107 maut selepas kren tumbang di Masjidil Haram, Mekah pada petang Jumaat waktu tempatan.

Pihak Tabung Haji (TH) mengesahkan 10 rakyat Malaysia antara 238 yang cedera.

Kejadian dipercayai berlaku ketika hujan lebat dan ribut pasir kira-kira 4.30 petang, waktu tempatan sejurus umat Islam selesai menunaikan solat Asar.

Kren tersebut tumbang berhampiran pintu As Salam dan menimpa bangunan Sa'ie.

Sebahagian daripada rangka kren tersebut juga jatuh di bangunan Sa'ie, yang berdekatan Mataf.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata kesemua jemaah haji Malaysia yang cedera dirawat di Pusat Perubatan Tabung Haji Syisya.

Keluarga dan waris jemaah haji di tanah air yang terbabit dalam kejadian itu sudah dimaklumkan. 

- Sumber: Astro Awani | 13 Sept 2015. @11.05am

No comments:

Post a Comment