Sunday 13 September 2015

Kanak-kanak 8 tahun ditemui lemas di dasar sungai


KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun mati lemas selepas tergelincir ke dalam sungai berhampiran Damansara Damai, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Nor Fatin Atikah, sebelum itu bermain bersama rakan-rakanya di tebing sungai berkenaan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Sunip Kadiran berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.18 petang tadi.

"Sebanyak lapan anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh serta Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Shah Alam tiba dilokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

"Mangsa kemudiannya ditemui di dasar sungai itu pada pukul 6.46 petang tadi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, mangsa kemudian terus dibawa ke Unit Rawatan Rapi Hospital Sungai Buloh sebelum disahkan telah meninggal dunia. 

- Sumber: Bernama | 12 Sept 2015

No comments:

Post a Comment