Sunday 13 September 2015

Manchester United benam Liverpool 3-1

Anthony Martial pemain berusia 19 tahun baru sahaja berpindah dari kelab Monaco dengan bayaran perpindahan US$55.1 juta. - Foto AFP

OLD TRAFFORD: Anthony Martial menjaringkan gol sulungnya buat Manchester United sekali gus menyaksikan kemenangan kelab baharunya itu membenam musuh tradisi Liverpool 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi ini.

Keputusan turut melonjak United ke tangga kedua liga.

Pemain berusia 19 tahun dari Perancis itu baru sahaja berpindah dari kelab Monaco dengan bayaran perpindahan US$55.1 juta (RM242 juta) yang menjadikannya pemain remaja paling mahal di dunia.

Sebelum itu jaringan separuh masa kedua oleh Daley Blind dan Ander Herrera pada minit 49 dan 70 meletakkan United selesa mendahului Liverpool sebelum Christian Benteke menghidupkan peluang buat pasukan pelawat dengan jaringan di minit ke 84.

Namul Martial yang masuk menggantikan Juan Mata melengkapkan kemenangan tuan rumah dengan jaringan ketiga buat Manchester United di Old Trafford.

Kedudukan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan juga menaikkan semangat pasukan pimpinan Louis van Gaal itu selepas kekalahan 1-2 di tangan Swansea City sebelum ini.

Ini juga adalah kekalahan kedua berturut-turut buat The Reds selepas dibenam West Ham United 3-0 di tempat sendiri.

- Sumber: Agensi 

No comments:

Post a Comment