Friday 7 August 2015

Tengkorak kanak-kanak retak digigit anjing

Keadaan Kye selepas rawatan di Royal Manchester Children's Hospital.

ENGLAND - BRITAIN. Tengkorak seorang kanak-kanak berumur empat tahun retak selepas digigit anjing jenis American Bulldog, Isnin lepas.

Menurut laporan Mirror, Kye sedang bermain bersama kawannya di Wigan, Greater Manchester dalam kejadian jam 4 petang tersebut.

"Saya sedang menonton televisyen ketika kawan Kye masuk ke dalam rumah dan memberitahu Kye digigit anjing," kata ibunya, Katie Hayes.

Beliau kemudian bergegas mendapatkan Kye dan mendapati darah berada di merata-rata tempat.

"Kye beritahu saya bahawa dia tidak cedera, tapi saya tahu dia terkejut dan terdapat kesan koyak yang besar di kepalanya," jelasnya lagi.

Kye kemudian dihantar untuk rawatan dan pembedahan di Royal Manchester Children's Hospital.

Sepasang lelaki dan wanita berumur 45 tahun kemudian ditahan polis kerana disyaki membela anjing yang tidak dikawal.

"Kami ambil serius dengan isu sebegini dan kami akan buat penyiasatan penuh," kata Sarjan Pete Carletti dari balai polis Wigan.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment