Friday 7 August 2015

Najwa Mahiaddin lancar lagu simbolik untuk Malaysia

Lagu 'After The Rain' memberikan motivasi dan kekuatan kepada rakyat Malaysia dalam mengharungi pelbagai kesukaran dan cabaran. -Gambar Facebook Najwa Mahiaddin

PENYANYI R&B Najwa Mahiaddin melancarkan sebuah lagu yang penuh simbolik untuk Malaysia.

Bertajuk ‘After The Rain’, ia sedikit sebanyak memberikan motivasi dan kekuatan kepada rakyat Malaysia dalam mengharungi pelbagai kesukaran dan cabaran.

"Saya percaya muzik adalah penawar paling hebat. Semoga lagu ini memberi keselesaan dan kekuatan kepada kita semua dalam masa kesukaran,” tulis Najwa dalam akaun Facebooknya.

Turut disertakan adalah empat rangkap lagu berkenaan yang dinyanyikan dalam Bahasa Inggeris: “We may all fall down / But we all get up / Hold your head up Malaysia / After the rain comes the sun.”

Dalam tempoh empat jam selepas lagu itu dimuat naik, ia telah ditonton sebanyak 13,000 kali di Facebook dan angka itu terus meningkat naik.

Ia juga mendapat reaksi postitif daripada para peminatnya yang antara lain berkata pelancaran lagu ini tepat pada masanya.

“Saya lebih bangga untuk menjadi rakyat Malaysia selepas mendengar lagu ini,” tulis Rohaizi Abdul Hai.

Kata Shaiful Apeng, “Terima kasih kerana memberi ‘motivasi’ kepada saya untuk pulang ke Malaysia dengan keinginan untuk membantu negara menjadi lebih baik.”

Haniza A. Hamid turut tersentuh dengan lirik lagu berkenaan.

“Moga Malaysia dapat menjadi lebih kuat berbanding sebelum ini,” kongsi beliau.

Entrinya turut mendapat reaksi positif di Twitter:

Najwa turut mengucapkan terima kasih kepada peminatnya di Twitter, dan turut menggunakan hashtag #KeepYourHeadUpMalaysia:

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment