Friday 10 July 2015

Samsung lancar telefon pintar terkiniHi

Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd

SAMSUNG hari ini melancarkan Samsung Gear VR yang terkini, telefon pintar yang dioptimumkan sepenuhnya, dijual pada harga RM799.

Ia boleh didapati di Samsung Experience Stores terletak di bandar-bandar utama seluruh negara, bersesuaian dengan Samsung Galaxy S6 generasi akan datang dan telefon pintar terkini S6.

Naib Presiden Samsung Malaysia Electronics (Mudah Alih, IT & Pengimejan Digital) Lee Jui Siang berkata Gear VR direka bagi membawa imaginasi kepada realiti untuk pengguna Samsung.

"Inovasi adalah apa yang Samsung sentiasa usahakan. Sebagai antara gergasi teknologi utama dunia, kami berbangga untuk membawakan Samsung Gear VR Edisi Inovasi terkini ini kepada rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas pelancaran model baharu itu di sini hari ini. 

- Sumber:  Bernama

No comments:

Post a Comment