Friday 10 July 2015

Angin kencang dijangka berterusan hingga Ahad


KUALA LUMPUR - Angin kencang barat daya yang berlaku di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak (Miri), Sabah (Pedalaman & Pantai Barat) dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata, angin berkelajuan antara 40 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Situasi yang sama juga dijangka berlaku di perairan Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu. 

- Sumber: Bernama | Julai 10, 2015

No comments:

Post a Comment