Mekanik Lee Tiaw Chong, 41, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah bagi kesalahan mencemarkan masjid dengan melempar cebisan daging khinzir ke Masjid Jamek Jalan Telaga Air pada Februari lepas. - Foto Bernama
BUTTERWORTH - Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi kesalahan mencemarkan masjid dengan melempar cebisan daging khinzir, pada Februari lepas.
Lee Tiaw Chong, 41, dijatuhi hukuman itu selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab.
Tertuduh didakwa membaling cebisan daging khinzir di depan Masjid Jamek, Jalan Telaga Air dengan niat mengaibkan agama pada 1.30 pagi, 6 Februari lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Tiaw Chong merayu kepada majistret supaya menjatuhkan hukuman ringan kerana perlu menanggung dua orang anak dan isteri serta mempunyai hutang rumah yang perlu dilangsaikan.
- Sumber: Bernama
No comments:
Post a Comment