Sunday 19 July 2015

Ngeri: Suami isteri maut, tiga anak parah


IPOH - Sepasang suami isteri maut manakala lima cedera parah termasuk tiga anak mangsa selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 13.5, Jalan Ipoh-Lumut di sini awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam12.37 pagi itu telah mengorbankan Sulaiman Isa, 60, dan isterinya, Siti Nur Ibrahim, 49, yang maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, kemalangan itu turut mengakibatkan tiga anak mangsa mengalami kecederaan parah iaitu Hafizah, 20, Hasmira, 19, dan Muhamad Mizzuddin berusia 10 tahun.

Katanya, turut cedera parah, G. Gobinathan, 28, dan rakannya, S. Ganapathy, 27, yang menaiki kenderaan yang datang dari arah Lumut.

"Siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki mangsa dirempuh sebuah kenderaan dari laluan bertentangan.

"Kesemua mangsa yang cedera parah menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan Hospital Batu Gajah,'' katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment