Tuesday 14 July 2015

CEO CIMB Islamic Bank letak jawatan


KUALA LUMPUR - CIMB Group Holdings Bhd hari ini mengumumkan Badlisyah Abdul Ghani akan meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Islamic Bank, berkuatkuasa 15 Ogos.

Menurut kenyataan CIMB Islamic Bank kepada Bursa Malaysia, ia memilih Mohd Shafri Shahul Hamid sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap bank itu dan bersetuju supaya Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan kumpulan memulakan proses mengenal pasti CEO baharu untuk bank berkenaan.

"Kami menghormati keputusan Badlisyah," kata Pengerusi CIMB Islamic Bank, Datuk Dr Syed Muhammad Syed A Kadir. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment