Tuesday 14 July 2015

'Barbie' menang ratu cantik


Olivia dianggap 'Barbie' hidup oleh orang ramai. - Foto AFP

Bagi masyarakat Barat, ungkapan dumb blonde (cantik dungu) bukanlah satu terma yang asing. Ia merujuk kepada wanita berambut perang yang cantik, tetapi tidak mempunyai kebijaksanaan.

Namun, kemenangan Olivia Jordan, gadis jelita berambut perang dalam pertandingan Ratu Cantik Amerika Syarikat hujung minggu lalu dilihat sedikit sebanyak menyangkal dakwaan tersebut.

Olivia, 26 tahun, yang mewakili negerinya, Oklahoma, merupakan graduan Sains Kesihatan dari Universiti Boston.

Gadis berketinggian 180cm itu menewaskan 50 peserta lain dalam pertandingan yang berlangsung Ahad lalu.

Menjawab soalan daripada juri tentang apakah isu yang perlu ditangani rakyat Amerika Syarikat, Olivia memberitahu masyarakat perlu fokus pada isu perkauman dan kesaksamaan hak untuk semua kaum di negara itu.

Dan ketika rata-rata peserta Top 5 tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan pada soalan dari pengguna Facebook, Olivia dapat memberi satu jawapan yang meyakinkan.

Soalan itu berbunyi siapakah wanita yang anda ingin lihat dipamerkan pada not AS$10, dan Olivia menjawab Harriet Tubman, seorang humanitarian.

Warga media sosial rata-ratanya bersetuju dengan pemilihan Olivia dan menyifatkan Olivia bukan sekadar wajah cantik semata-mata.

Lebih mencuit hati apabila ramai yang menyamakan Olivia dengan anak patung Barbie, khususnya pada penampilan terakhir Olivia pada malam itu, di mana dia mengenakan gaun kembang berwarna merah jambu.

Olivia bakal mewakili Amerika Syarikat dalam Miss Universe 2015 hujung tahun ini.

Kali terakhir Amerika Syarikat memilih wanita berambutperang sebagai pemenang adalah pada tahun 2009. 

- Sumber AFP

No comments:

Post a Comment