Monday 29 June 2015

Buruh binaan jumpa kanak-kanak dua tahun ketakutan dan kelaparan

Siasatan awal polis mendapati kanak-kanak terbabit mempunyai lima orang adik-beradik dan mangsa adalah anak keempat.

MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun sebulan ditemui dalam keadaan ketakutan dan kelaparan kira-kira pukul 4 pagi Isnin di tepi jalan berhampiran stesen minyak Caltex, Jalan Tun Perak, Melaka.

Kanak-kanak tersebut yang kelihatan tidak terurus itu ditemui seorang lelaki yang ketika itu sedang memandu kereta untuk pulang ke rumah di Taman Ayer Keroh Heights.

Siasatan awal polis mendapati kanak-kanak terbabit mempunyai lima orang adik-beradik dan mangsa adalah anak keempat.

Dia bersama adik bongsunya berusia 8 bulan dijaga oleh ibunya yang juga seorang ibu tunggal.

Ibu kanak kanak berkenaan sebelum ini ditahan polis sejak 21 Jun lalu akibat kesalahan memandu kenderaan curi.

Kanak kanak tersebut bersama adiknya dijaga oleh jiran-jiran di rumah tumpangan yang disewa berhampiran stesen caltex berkenaan.

Sementara itu, kanak kanak itu dituntut neneknya di Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka Tengah di Ayer Keroh. 

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment