Monday, 29 June 2015

Bapa terima panggilan anak ditembak di Thailand

Datuk saudara mangsa, Che Rahim Yaacob menunjukkan tempat kejadian tembakan melibatkan cucu saudaranya jam 4.30 pagi tadi.

RANTAU PANJANG - Seorang bapa melihat sendiri anaknya yang mati ditembak berdekatan surau di Pengkalan Haram Paun Sungai Golok Thailand jam 4.30 pagi waktu tempatan, hari ini.

Bapa, Zamri Mohd Zain, 48, berkata, ketika kejadian dia bersama isteri, pulang ke rumah saudara di Golok.

Belum pun sempat habis bersahur katanya, dia mendapat panggilan daripada anak ketiganya, memaklumkan mengenai Mohamad Ashraf Zamri, 27, ditembak di Thailand, sejam selepas kejadian.

"Pada mulanya, saya masih tak percaya dengan kejadian itu, namun selepas melihat sendiri kepalanya berlumuran darah tak ada apa yang boleh saya lakukan.

"Arwah ditemui dalam keadaan meniarap, kepalanya berlumuran darah dan mungkin ditembusi peluru dari arah belakang," katanya.

Zamri berkata, dia memohon semua pihak tidak membuat spekulasi berhubung kematian anak sulung dari lima beradik itu. 

Menurutnya, dia yakin anaknya tidak terlibat dengan dakwaan kes penipuan dalam penjualan mercun.

- Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment