Wednesday 8 April 2015

Pesawat Japan Airlines mendarat cemas kerana enjin tiba-tiba mati

Dalam insiden berkenaan, semua 228 penumpang selamat tanpa sebarang kecederaan. - Gambar hiasan

TOKYO: Sebuah pesawat Japan Airlines yang membawa seramai 228 penumpang terpaksa membuat pusingan balik untuk pendaratan cemas di Tokyo pada Rabu selepas enjin kanan pesawat berkenaan tiba-tiba berhenti berfungsi, lapor media negara itu.

Insiden itu berlaku sewaktu pesawat tersebut dalam penerbangan ke Pulau Hokkaido yang terletak di utara negara tersebut, ujar jurucakap syarikat penerbangan.

Pesawat Boeing 777 yang dikuasakan enjin Pratt & Whitney itu berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Haneda di Tokyo dengan semua penumpang dan anak kapal tidak mengalami sebarang kecederaan.

Punca enjin pesawat tidak berfungsi masih tidak diketahui.

Semalam, sebuah lagi pesawat Japan Airlines model Boeing 787 yang dalam jadual penerbangan ke Tokyo juga terpaksa berpatah balik ke Moscow, Rusia sejurus ia berangkat gara-gara berlaku masalah gear pendaratan. 

- Sumber: Agensi

No comments:

Post a Comment