Wednesday 8 April 2015

Najib nafi 1MDB muflis

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu tidak seharusnya timbul kerana syarikat berkenaan telah berjaya melunaskan hutangnya sebanyak RM2 bilion kepada dua institusi kewangan pada 13 Feb lepas.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menolak dakwaan bahawa syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah muflis.

Menurut beliau yang juga Menteri Kewangan, 1MDB telah pun melunaskan hutang sebanyak RM2 bilion kepada Maybank dan RHB pada Ferbruari lalu mengikut syarat perjanjian yang ditetapkan.

“Untuk makluman ahli yang berhormat, 1MDB telah pun melunaskan hutang sebanyak RM2 bilion dengan Maybank dan RHB pada 13 Februari 2015 mengikut syarat-syarat perjanjian pinjaman.

“Sedemikian itu, tidak timbul isu 1MDB sudah muflis,” kata Najib dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjawab soalan dari Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) meminta kerajaan menyatakan sama ada 1MDB sudah muflis kerana dakwanya syarikat itu berkali-kali tidak berupaya membayar balik mengikut jadual berkontrak bagi pinjamannya sebanyak RM2 bilion itu.

Selain itu, beliau turut menyoal kenapa Bank Negara tidak mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut.

Pada 13 Februari lalu, 1MDB dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa syarikat itu telah melangsaikan penuh pinjaman sebanyak RM2 bilion oleh anak syarikat operasinya kepada bank-bank tersebut.

Menurut satu kenyataan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda, pinjaman tersebut diselesaikan lebih awal daripada tarikh akhir, mengikut setiap syarat perjanjian kemudahan pinjaman. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment