Wednesday 8 April 2015

Pelawak Kasanova: Kalau betul bertaubatlah - Bocey

Bocey dianugerahkan Artis Komedi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2014, di Arena of Stars, Genting Highlands, Ahad lalu. - Foto Munira Ghani

KUALA LUMPUR : Pelawak dan pelakon Abam Bocey mengakui terkesan dengan kontroversi pelawak kasanova yang sedang hangat diperkatakan kerana baginya perkara itu mencalarkan industri komedi tempatan.

Pemenang Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 itu berpendapat bahawa kontroversi itu boleh merosakkan industri seni tempatan serta mengundang persepsi negatif dari orang ramai.

"Memang saya sangat terkesan dengan kontroversi pelawak kasanova itu kerana apa yang beliau buat itu secara tidak sengaja akan melabelkan pelawak di mata orang ramai sebagai gila seks. 

"Jangan kerana kontroversi itu membuatkan orang takut hendak berkawan dengan kami. Pelawak sudah diiktiraf di Malaysia tetapi apabila perlu wujudnya perkara sebegitu, ianya boleh merosakkan industri pelawak tempatan.

"Tindakan pelawak kasanova itu bukan sahaja mencalarkan malah menggelapkan portfolio pelawak di Malaysia. Ianya boleh membuatkan semua pelawak terkesan kerana semuanya turut terpalit," tegas Abam kepada BH Online.

Abam nyata terkilan dengan sikap pelawak kasanova yang tidak berfikir panjang seperti dilaporkan menerusi pendedahan BH Plus, segmen berita premium berbayar BH Online kelmarin.

"Kepada pelawak itu, sudah-sudahlah.. Kalau perlu kahwin, kahwinlah. Selalunya orang sebegitu adalah individu yang kurang kasih sayang dan perhatian dari perempuan.

"Tidak dinafikan sekarang ramai yang ingin berkawan dengan pelawak dan individu itu mengambil kesempatan untuk membuat sesuatu yang bodoh. 

"Kepada individu itu, bawa-bawalah bertaubat. Cuba renungi permasalahan ini dengan lebih mendalam jika rasa bersalah, bertaubatlah, kalau rasa betul maka teruskanlah," kata Abam secara sinis mengakhiri perbualan.

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment