Wednesday 8 April 2015

Bahagian depan bank dilontar molotov cocktail


ALOR SETAR - Bahagian depan sebuah bank di Simpang Kuala, di sini mengalami kerosakan akibat dilontar "molotov cocktail" oleh seorang penunggang motosikal petang tadi.

Menurut saksi, kejadian itu berlaku dengan pantas dan menggemparkan pelanggan bank yang sedang berurusan.

Seorang saksi, Enson Boon, 30, berkata ketika kejadian dia sedang menjalankan urusan wang perniagaan di sebuah daripada mesin juruwang automatik bank berkenaan. 

"Sekitar pukul 4 petang, seorang lelaki berhenti di bahagian depan bank sebelum melontarkan bom terbabit.

"Lelaki itu kemudiannya melarikan diri dengan menaiki motosikalnya. Saya cuba mengejar tetapi tidak sempat dan terus membuat laporan polis," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment